• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
Blue Orange Green Pink Purple

Mari Kita Makan

Huhu tatau nak tulis ape kat sini.. :(

30 Zulhijjah 1431

Awal Muharam bakal menjelma...Mengingatkan aku pada sirah Nabi Muhammad...Baginda berhijrah dari Makkah ke Madinah....Aku harap hijrah yang ada di dalam diri aku di terima oleh Allah...Aku berdoa agar Allah terima amal baik aku....Ya Allah...janganlah Engkau masukkan aku di dalam golongan orang yang tidak beriman...Aku hanya mahukan rahmatMu..

Ya Allah...jadikanlah hari ini hari terakhir bagi tahun ini sebagai pengakhiran yang terbaik dalam hidup aku Ya Allah...Jadikanlah permulaan Awal Muharram esok sebagai hari permulaan yang paling indah dalam hidup aku YA ALLAH....Kurniakanlah aku insan yang terbaik di sisi Mu Ya Allah...sebagai menjaga kehormatanku...menjaga AgamaMu...dan menjaga anak2ku....dan yang paling penting menjaga hubungan aku dan dia sebagai hamba Allah...

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Read More 0 comments | Posted by fakhrulrazi edit post

0 comments



Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Guitar n Stitches

  • Pasal Penulis-penulis
      Saya Farhana dan dia Fakhrul kami da knal lamaa da~
  • Labels

    • beauty (1)
    • bonda (1)
    • Cinta (1)
    • cloud (1)
    • debt (1)
    • eid adha (1)
    • guide (1)
    • Iman (1)
    • korban (1)
    • matang (1)
    • number 3 (1)
    • puasa (1)
    • repentance (1)
    • rolo (1)
    • Sin (1)
    • switch (1)
    • Syurga (2)
    • taqwa (1)
    • test (1)
    • the hereafter (1)

    Blog Archive

    • ► 2011 (3)
      • ► January (3)
    • ▼ 2010 (61)
      • ▼ December (12)
        • "The Destroyer of Pleasures..." - Sheikh Muhammad ...
        • وَمَا لَنَا أَلَّا نَتَوَكَّلَ عَلَى اللَّهِ وَقَد...
        • 10 SAHABAT DIJAMIN SYURGA
        • No title
        • meaning of taqwa
        • Puasa di bulan Muharram
        • Settlement of debt
        • Sin
        • The most forgiving human
        • Ya Allah...I beg You...give me guidance...
        • 30 Zulhijjah 1431
        • Ya Allah....
      • ► November (38)
      • ► October (6)
      • ► April (1)
      • ► March (4)
  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright Guitar n Stitches. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top